Friday, 7 March 2014

Ultras Malaya: Samseng atau Penyokong Fanatik?

Salam,
Baru - baru ni kecoh satu Malaysia tentang kejadian Flare dan Bomb Asap di stadium selayang pada tanggal 25-02-2014 iaitu perlawanan antara Selangor vs Arema Cronus (Arema Malang), dan juga perlawanan persahabatan pada tanggal 01-03-2014 antara Malaysia vs Filipina.



Dalam seminggu, stadium selayang menjadi terkenal di sekitar Asia, Asia Tenggara dan sesetengah blok Eropah. Bukan kerana menganjurkan pesta ataupun acara suka peringkat dunia seperti World Cup atau Olimpik. Tetapi terkenal dikalangan Ultras di beberapa negara kerana peristiwa Pyro/Tifo show dari Ultras Selangor (UltraSel) dan Ultras Malaya.

Hal yang berlaku menyebabkan FAM dan FAS berkemungkinan didenda oleh badan induk bola sepak asia (AFC), FAS juga bermasalah bukan sahaja dari UltraSel, tapi gelagat penyokong biasa bukan Ultras yang membaling mercun bola kedalam padang ketika perlawanan hampir tamat. FAM seperti biasalah, baru nak ambil tindakan kepada FAS, nah! hadiah dari UltrasMalaya untuk mereka di stadium yang sama dalam masa seminggu. Saya juga turut bersama dikedua - dua game tersebut.

Sebelum bercerita tentang kejadian tersebut dengan lebih meluas, ada la sedikit penyampaian mengenai "Siapa Ultras, Hooligan (Samseng) Bola Sepak vs Ultras, serta Protest dan Aktiviti yang dilakukan. Yang tengah baca boleh la siap - siap bantal, sebab mungkin kali ni penulisan agak panjang kerana keterujaan ku.. kah3..


  • Siapa Ultras? 
Ultras merujuk kepada perkataan "Ultra" / "Ultras", yang membawa maksud pelbagai seperti Extremist / Pelampau, Die Hard Fans, Penentangan / Pemberontakan / Rebel. Ultras didalam bola sepak boleh diklasifikasikan sebagai penyokong tegar / fanatik sesebuah pasukan / negara. Kebanyakan ultras di dunia menggunakan penyampaian berbentuk chant / dikir / nyanyian yang menjerumus kepada sokongan untuk pasukan sendiri selain menakut - nakutkan pihak lawan dan penyokong lawan dengan chant yang kuat. Adakalanya mereka juga terjerumus dalam chant berbentuk kebencian seperti perkauman dan politik. Lebih menarik dalam hal ini, mereka juga menggunakan suar / flare serta bom asap yang lebih dikenali sebagi koreografi Tifo ataupun Pyro show serta memaparkan banner hasil nukilan mereka sendiri. Ultras mula bertapak di Brazil sekitar 1939 dan berkembang pada 1950 iaitu kumpulan penyokong pasukan Hajduk Split yang menggelarkan diri mereka Torcida Split yang juga digelar Ultras tertua sebelum budaya ini merebak ke Italy pada era 60-an dan mula digelar Torcida / Ultras. Budaya Ultras tersebar luas kemudianya dimana kebanyakan penyokong dari negara German, Belanda, dan Turki mula beralih dari sokongan gaya bola sepak Inggeris kepada budaya Ultras.


  • Hooligans (Samseng) Bola Sepak vs Ultras.
UltrAslan
Untuk pengetahuan anda, budaya samseng bola sepak dan Ultras banyak berbeza, dimana Hooligans lebih cenderung untuk bergaduh dengan Hooligans pasukan lawan. Manakala Ultras pula lebih kepada memberikan sokongan kepada pasukan sendiri dan tidak terlibat dalam pergaduhan ataupun rusuhan. Hooligans akan menggayakan baju yang tidak melambangkan kelab yang mereka sokong bagi mengelakkan dikesan polis manakala Ultras pula lebih cenderung menggayakan warna kelab mereka dan mudah dipantau oleh pihak berkuasa. Namun begitu, budaya Ultras di beberapa negara telah dicemari oleh budaya Hooligans yang menyusup masuk kedalam kelab Ultras ini dan kebanyakan negara menyalahkan Ultras jika berlaku sesuatu perkara seperti pergaduhan, rusuhan dan sebagainya. Antara hardcore Ultras di dunia ialah UltrAslan (Galatasaray - Turki), Ultras Partizan Balgrade (Serbia) dan lain2. Tapi ada juga Ultras yang agak sopan seperti Ultras Borussia Dortmund (German).


  • Protest dan Activity Ultras
Ultras Borussia Dortmund
Ultras adalah penyokong sesebuah pasukan yang cenderung menyanyikan lagu untuk menaikkan semangat pasukan mereka sendiri, selain itu juga ultras berfungsi menakut - nakutkan pemain dan penyokong pasukan lawan mereka dengan chant - chant berbentuk penghinaan, perkauman, ejekan dan sebagainya. Ultras juga sering hadir sebagai ahli ke - 12 pasukan bolasepak. Pembakaran flare dan bom asap juga sering dilakukan bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Kebanyakan ultras bertindak sebagai peminat hadapan apabila berlaku sesuatu seperti kekalahan keatas pasukan mereka, pergelutan dalaman persatuan bola sepak mereka dan ultras la yang paling banyak menyokong dan mengkritik pasukan mereka kerana Ultras ini penyokong yang bersifat fanatik.


  • Tribute to FAM di Stadium MP Selayang, Selangor tanggal 01-Mac-2014.
Online Flyers Semua Ultras Negeri
Ok, habis dah cerita mengenai asal - usul Ultras, sekarang kita pergi ke main topic kita iaitu Pyro / Tifo show UltrasMalaya di stadium Selayang pada 1 Mac 2014. Kenapa dan mengapa mereka bertindak sedemikian?


 VIDEO MALAYSIA vs FILIPINA (ULTRAS MENGAMUK)


14  Ultras Malaysia + Ultras Malaya
Ultras Malaya merupakan cabang budaya Ultras dalam dunia, mula bertapak pada 2007, mereka dianggap beruk stadium oleh sesetengah fans pada awalnya, tetapi kebanyakan peminat bolasepak Malaysia mula tertarik pada semangat UltrasMalaya, mereka sanggup mengembara ke Singapura, Thailand dan pelbagai negara semata - mata untuk menyokong pasukan kebangsaan mereka. UltrasMalaya dianggotai kebanyakan fans Ultras di Malaysia dari peringkat negeri seperti UltraSelangor, B.O.S.S (Johor), Elephant Army (Pahang) dan lain - lain negeri. Namun pada malam tersebut, hasil gabungan dari penyokong Ultras 14 buah negeri dan penyokong lain, bersatu bagi menunjuk Pyro show UltrasMalaya pada malam itu sebagai tanda Protest terhadap FAM, seminggu sebelum perlawanan, mereka mula menyebarkan berita tentang rancangan mereka kepada pengikut - pengikut mereka di laman maya. Hashtag seperti #30MinutesOfSilence (tanda 30 tahun Sultan Ahmad Shah menjadi Presiden), #PresidenFAMSilaLetakJawatan (#PFSLJ), #TributeToFAM #FAMB**gsat menjadi trending ketika itu sekaligus menunjukkan kelemahan pihak FAM untuk mengesan kegiatan Ultras ini serta kawalan stadium yang longgar. (PADAN MUKA FAM!)...



Presiden FAM Sila Letak Jawatan #PFSLJ


Thanks FAM, 30 Tahun = Jahanam
Terdapat beberapa sebab kepada tingkah laku UltrasMalaya pada malam itu, mereka memprotes terhadap Kepimpinan FAM, kegagalan 30 tahun Malaysia untuk layak ke kejohanan besar seakan - akan tidak memberi kesan kepada FAM. Ranking pasukan Malaysia juga semakin hari semakin merosot, beberapa komen mengenai ranking Malaysia sering diajukan kepada barisan kepimpinan FAM, namun jawapan yang mereka beri seakan - akan acuh tak acuh sahaja dan menganggap ranking tidak penting, tak tahulah samada FAM ni tak berfikir secara waras agaknya, jika ranking rendah maka pasukan Malaysia sukar mendapat perlawanan dengan pasukan - pasukan lebih besar seperti Korea, Jepun dan pasukan negara Eropah dan dunia sekaligus menyebabkan pendedahan lebih bercorak kepada dalam Asia Tenggara sahaja..! sampai bila pasukan kita Juara di Asia Tenggara sahaja? kenapa belum Asia? kenapa belum world cup? kenapa belum olimpik dalam 30 tahun pemerintahan presiden? peminat Ultras mungkin merasakan mereka harus memainkan peranan didalam hal ini, semakin hari semakin sakit hati melihat kegagalan pasukan kesayangan mereka. Perlawanan persahabatan Malaysia juga dianggap mengarut! Perlawanan dengan kelab seperti Barcelona, Manchester City, Manchester United tidak akan memberikan Malaysia mata berharga bagi memperbaiki ranking, sebaliknya lebih kepada perlawanan mengumpul duit tiket dan hiburan sahaja buat peminat bola sepak tanahair.


Selayang Pyro Show
Detik pada tanggal 1-Mac-2014, Ultras Malaya mula memasuki stadium sekitar jam 8:30 p.m selepas berkumpul di tempat letak kereta berhampiran stadium. Selama 30 Minit mereka hanya mendiamkan diri sahaja dan tidak bersorak untuk pasukan mereka walaupun hati abang - abang otai tu macam nak meletup kebosanan makan kuaci malam tu. Tepat minit 30 separuh masa pertama, Capo mula memberi isyarat untuk bangun dengan paluan gendang. Flare dinyalakan dan bom asap juga diletupkan dan mereka mula bernyanyi chant "Demi Malaysia" yang ditukar menjadi "FAM B**gsat", "Sehati Sejiwa" ditukar menjadi "Presiden FAM Sila Letak Jawatan". Agak seronok juga ketika itu, perlawanan terpaksa dihentikan selama 8 minit dan kesemua mata bertumpu pada tingkah laku UltrasMalaya dan ada sesetengah peminat mula mengikut rentak chant Ultras. Misi mereka berjaya pada malam itu dan membuka mata FAM mengenai kuasa peminat. Bukannya menyekat mereka dari datang ke stadium, sebelum Ultras wujud,, boleh kira peminat bola sepak yang datang ke stadium, termasuklah lawan MU, dimana kebanyakan fans lebih gemar pakai baju MU berbanding baju Malaysia...~



Dikesempatan ini saya juga ingin meminta FAM yang mana mesyuarat pemilihan sudah dekat,
supaya mendengar rintihan peminat, entry blog ini juga sebenarnya ditulis dengan tapisan yang agak tinggi supaya pihak FAM tak tersinggung. Bukan niat anak melayu UltrasMalaya menderhaka terhadap raja mereka sendiri, tetapi mereka juga manusia yang meminta agar dikembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi generasi terdahulu. Takkan asyik ingin mendengar cerita "orang lama" mengenai kehebatan pasukan mereka dahulu? sekarang bagaimana? generasi hari ini dianggap lebih power dari "orang lama", tapi power buat apa kalau tak ada benda kita nak kenang dan banggakan? Renungkan~




Sekian sahaja kawan - kawan.
Salam satu jiwa.


P/S : SOKONGAN DARI ULTRAS SEDUNIA.



Thursday, 20 February 2014

Fakta Anak Keempat ( Ke - 4 ) dan Fakta Anak Bongsu Yang Perlu Anda Tahu!

haha,, lama benor tak update blog,, now baru ada masa nak update.. hehehe...
ada la terjumpa sedikit fakta - fakta tentang anak nombor empat ni,, dan juga fakta anak bongsu,, aku dah cut mana yang tak betul sebab aku update ni pun untuk diri sendiri,, hehehehe.. 

anyway, selamat membaca...

(1) Fakta anak ke - 4 Yang Perlu Anda Tahu


1. Banyak buat orang ketawa dan banyak juga buat orang menangis
2. Selagi dia boleh buat sesuatu perkara tu. Dia takkan minta orang lain untuk membantunya. Tak suka susahkan orang lain.
3. Orang nampak dia macam sombong, tapi bila dah tegur or kenal. Haa amik kau! Bercakap tak henti henti.
4. Senang percayakan orang. Kekadang baru je kenal, dah cerita macam macam pasal dia kat orang.
5. Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah tak nak baru terhegeh hegeh nak bagi.
6. Kalau dah suka satu lagu tu, dia akan ulang banyak kali.
7. Kalau orang sedih, mesti cari dia.
8. Sangatlah peramah. Orang tanya sepatah, dia jawab berpatah patah.
9. Tak pandai memujuk. Memang FAILED bab bab memujuk ni.
10. Mudah risau and suka paksa paksa orang. Orang lain paksa dia tak boleh.
11. Cepat rasa kesian dengan orang lain.
12. Suka menolong. Selagi dia boleh tolong, dia akan tolong dengan bersungguh sungguh :)
13. Cepat sangat terasa. Kekadang orang tak cakap pasal dia pun. Dia tetap terasa juga. AWAS!
14. Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak. Sikit sikit gelak :P
15. Mempunyai suara yang sedap. Kalau dapat mic, tak lepas punyalah. Mula mula je segan nak nyanyi.
16. Sangat memahami perasaan seseorang. Tidak boleh lihat orang dalam keadaan susah. Mesti rasa nak tolong punya.
18. Sesetengah orang je boleh faham #AnakKeempat ni
19. Bila kawan dia tengah sedih, dia lah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya.
20. Pendiam bila dia ada masalah. Kalau tak, dia lah orang yang paling bising. Pot pet pot pet
21. Sangat pemalas! Kekadang benda yang ada depan mata pun, dia still suruh orang yang tolong ambilkan.
22. Tidurlah lewat mana pun. Kalau kunci jam, pasti akan sedar dan bangun punya.
23. Suka tidur lambat, bangun pun jadinya lambat.
24. Kalau dia dah tak mampu ucap dengan kata-kata. Air mata je yang akan menemani.
25. Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau orang tu melainkan dia hanya bergurau (Sakat-menyakat)
26. Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik. Maklumlah #AnakKeempat katakan ~
27. Paling pantang bila moody, orang tanya "Kau takde mood ke wehh?" Time tu hanya kaki je mampi bercakap.
28. Pandai jaga hati orang. Hati dia luka takpe, asalkan dapat puaskan hati orang lain.
29. Kalau cakap tak henti-henti. Try lah bersembang dengan dia :)
30. Bila mak/ayah suruh buat sesuatu kerja, "sekejap" "sekejap" at last buat pun tak. Lupalah katakan.
31. Suka ingat tarikh, lagi lagi kalau tarikh penting.
32. Apa yang dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jangan sesekali cakap dia penipu or pembohong and what so ever.
33. Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkawan dia. But kalau dia takde duit, jangan cakap dia KEDEKUT pula.
34. Kalau tengah takde mood, hanya orang tertentu je boleh kembalikan moog dia balik.
35. Bila ada makanan, pandang pun tak. Bila takde makanan, baru terhegeh-hegeh tanya mana makanan.
36. Bersabar selagi mampu and kalau tahap kesabaran dia dah lebih had. Dia akan luahkan segala-galanya.
37. Tak suka dipaksa. lagi lagi time kena makan ubat!
38. Tetap happy walaupun tengah bersedih :D
39. PELUPA. Kekadang dia cari satu benda tu sampai mengamuk habis, padahal benda tu depan mata je.
40. Walaupun seorang yang peramah tapi sifat pemalunya still ada
41. Cepat salah faham sebelum bertanya perkara yang sebenar. Bersifat sensitif. Ya, sangat sensitif orangnya.


credit to: @faktaanakkeempat

Fakta Anak Bongsu Yang Perlu Anda Tahu


1. Senang memaafkan orang.
2. Agak Panas Baran tapi bertempat.
3. Kuat Ketawa.
4. Sensitif, hati lembut.
5. Ramai peminat.
6. Mudah menyayangi orang lain.
7. Sukar melupakan orang yang dia sayang.
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai.
9. Senyuman tetap di bibir walaupun sedih.
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya.
11. Pandai Buat Lawak.



"ok, now da baca, sedikit huraian la untuk aku huraikan.. hehehe..
ada fakta yang benar2 sama seperti yang aku lalui,, dan banyak membe2 pun tegur tentang benda yang sama,
antaranya macam panas baran tak bertempat, tak suka dipaksa, mula2 kenal macam sombong.. hahahaa..
semuanya aku dah lalui... nak percaya boleh, tak percaya boleh..
wallahualam.."


sekian,, thanks all...

Tuesday, 15 October 2013

Kejatuhan Empayar Turki Ottoman/ Uthmaniah : Hikayat Mustafa Kamal Ataturk

Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan kuasa Islam yang muncul di barat laut Anatolia kira - kira awal abad ke-14. Kemunculanya selepas kekacauan dunia islam selepas serangan Monggol ke atas kerajaan islam terdahulu iaitu Kerajaan Bani Abbasiyah. Wilayah Beylik pada zaman Turki Saljuk akhirnya berkembang menjadi Empayar agung yang bertahan hampir 6 abad dan diasakan oleh Khalifah pertama bani Osmani iaitu Uthman B. Ertughul atau gelaran Uthman I, (Osman Gazi atau Osman Bey atau I.Osman atau Osman Sayed II).

Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: الدولة العثمانية, al-Dawlaṭ al-'Uthmānīyyaṭ) keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".

Suasana politik yang berpecah belah di Eropah, memberi peluang Turki Ottoman mengembangkan kekuasaanya di Balkan pada pertengahan abad ke-14 M dengan kejayaan besar di Kosovo pada 1389 M dan Nicoplis pada 1396 M. Turki Ottoman bertahan kira - kira 600 tahun sebagai kerajaan Islam paling lama di dunia dan runtuh ketika berlakunya Perang Dunia Pertama.


Perkembangan (1453-1683)

1481 - 1683
Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.
Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah di Lautan Hindi. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam, selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar telah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera turki Uthmaniyyah dengan meriam-meriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestan Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katolik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.
Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan Perang Salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.

Thursday, 19 July 2012

Terkini

sangat lama tak update blog aku ni, rasanya hampir 7 bulan jugak la, tak update pun tak apa, bukan ada orang nk baca pun,, ahahaha...

tak banyak kisah2 yang menarik dalam hidup selepas tamatnya zaman persekolahan (form 6) ni, rasa macam dah mula kedepan sikit hidup, perlu bertanggungjawab,,,,, hmmmm....
tanggungjawab, sesuatu yang tak perlu kita fikirkan ketika zaman kanak - kanak dulu, tapi kini sudah menginjak dewasa kita semakin matang dalam memikirkan sesuatu yang terbaik dan sesuatu yang tidak baik dalam meneruskan perjalanan hidup kita ke arah yang terbaik buat kita, kisah2 yang pahit kadangkala mendewasakan kita menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya,, hehehe

selepas tamatnya STPM, aku melepak dirumah sampai bulan 4,, malas nak cari kerja awal sangat, sebab tak ada beza kalau kerja awal dengan keadaan ketika sekolah, berehat dulu, tenangkan fikiran, enjoy dulu, lepas kan tekanan STPM dulu, hehe,, sesudah 4 bulan, aku sendiri tergerak hati nak cari kerja, sudahnya, selepas dicadangkan oleh rakan - rakan, aku pergilah minta kerja di Tanjong Express (M) Sdn. Bhd. Bukit Beruntung (terletak di dalam Gudang Tesco Bukit Beruntung),, after 2 month,, berenti kerja la,, tak tahan menanggung maki yang menggunung setiap hari, selain dimaki orang aku pun memaki orang. Setiap hari nak maki - maki susah juga, so aku pergi (echeh ayat jiwang),, hahahaha....

Now, da dapat result STPM, result UPU pun da diketahui (x dpt gi mana2), aku mula tergamam dan hilang kegembiraan dalam hidup ni. Kadang2 ketawa terbahak2, tapi sudah tidak segembira dahulu, tak tahulah, kecewa kot gamaknya. Apa2 pun hidup kena teruskan, UPU memang takkan pilih aq gamaknya, kih3.. key la,, tak nak tulis panjang2, kang jadi isu pulak.. hahaha,,, salam~