2012 Film |
Maya Calendar Aztec |
1666 - Kiamat tahun iblis
seperti yang kita tahu, angka 666 merupakan angka berkaitan dengan Iblis mengikut pandangan orang Kristian. Mereka menganggap bahawa tahun 1666 dunia akan berakhir kerana tuhan marahkan iblis. Namun pada tahun itu tidak berlaku kiamat, sebaliknya kebakaran besar yang hampir memusnahkan kota London dari muka bumi.
1806 - Telur ayam petanda kiamat
Seorang penternak dari Leeds, England telah menemui telur ayam yang terdapat tulisan di kulit telur ayam itu "Christ is coming", ramai yang telah mempercayai berita yang menggemparkan itu, namun akhirnya seorang penduduk menyedari ianya merupakan penipuan dengan memerhatikan ayam itu bertelur. Telur itu telah disumbatkan semula ke dubur ayam selepas ditulis perkataan.
23 April 1843 - Wahyu William Miller
William Miller merupakan paderi advent, mendakwa menerima wahyu kiamat akan berlaku pada 21 Mac 1843 dan 21 Mac 1844. Dia telah membuat andaian kiamat berlaku 23 April 1843, namun tiada kiamat berlaku dan kumpulan itu membentuk gerakan "Seventh Day Adventist".
22 Oktober 1844 - Ramalan kumpulan Millerite
Seorang Paderi dari kumpulan Millerite, Samuel S. Snow meramalkan dunia berakhir pada 22 Oktober 1844, keyakinan ini berpunca dari petunjuk dari kitab Daniel. Tetapi selepas tarikh itu, kiamat tidak berlaku dan tarikh itu sehingga kini digelar "The Great Disappointment Day" dan aliran Millerite berpecah.
1891 - Dongeng kaum Mormon
Ramalan Joseph Smith paderi dari Gereja Mormon. Beliau mengadakan perhimpunan di gerejanya pada Februari 1835 memberitahu Jesus akan datang dalam tempoh 56 tahun ke hadapan. Dan pada hari yang ditunggu - tunggu, ramalanya tidak menjadi.
1910 - Komet Halley
1881, seorang astronomi mengandaikan hari kiamat berlaku dengan pelanggaran bumi dengan ekor komet Halley pada 1910. Ekor komet Halley dikatakan mengandungi gas dan debu beracun yang mampu melenyapkan manusia dan membunuh mereka yang hidup di muka bumi ini. Namun, pada tahun itu tiada tragedi berlaku.
21 Disember 1954 - Ramalan Dorothy Martin
Dorothy Martin mendakwa membuat perjanjian dengan makhluk asing Planet Clarion. Katanya alien akan datang menghancurkan bumi dengan satu banjir yang besar. Hanya orang beriman akan terselamat dengan kehadiran piring terbang pada malam tersebut. Tetapi pada pukul 4.45 pagi, Martin mendapat pesanan baru dari makhluk asing. Katanya, tuhan marah dengan tindakan para pengikutnya yang banyak merubah fikiran. Tuhan memutuskan untuk membatalkan kiamat setelah ada manusia merasa was - was dengan kekuasaanya.
14 Julai 1960 - Letupan bom di Amerika
Ada pihak menjangkakan kiamat terjadi pada waktu itu pukul 1.45 petang disebabkan ledakan bom bawah tanah milik Amerika Syarikat. Ekoran daripada berita tersebut, ada orang cuba membuat perahu untuk menyelamatkan diri. Namun, tiada kiamat berlaku.
2 Februari 1962 - Ramalan astrologi India
Seorang ahli astrologi India meramalkan kiamat akan berlaku pada 2 Februari 1962 antara pukul 12.05 t/hari hinnga 12.15 t/hari. Kononnya pada saat itu dunia hancur dan menjadi debu
November/Oktober 1982 - Ramalan Pot Robertson
Pada akhir 1976, Pat Robertson membuat ramalan dunia akan berakhir. Dalam siaran "The 700 Club" mei 1980 beliau menyatakan: "saya menjamin pada akhir tahun 1982 akan terjadinya hari penghakiman pada dunia!" seperti yang dijangka, dunia tidak berakhir, tetapi Pat Robertson yang meninggal dulu.
1997 - Komet Hale-Bopp
1997, ramalan dikaitkan dengan komet lagi, Hale-Bopp dijumpai pd tahun 1995 bergerak menuju bumi dan dijangka menghentam bumi pd Mac 1997. Sebanyak 39 pengikut Kristian Heaven's Gate membunuh diri kerana yakin UFO yang mengikuti di belakang Komet itu akan menyelamatkan mereka dari bencana itu. LOL
9 September 1999 - Ramalan Syamsuri
Mengatakan dia adalah Imam Mahdi yang diutus Tuhan dan meramalkan kiamat pada 9 September 1999. Sebelum tarikh ramalan tersebut, Syamsuri ditangkap oleh polis dan dipenjara selama 11 bulan dan pada tarikh 9-9-1999 tidak berlaku apa - apa dan Syamsuri sendiri berada didalam penjara.
31 Disember 2000 - Ramalan Joseph Kibwertere
Joseph Kibwertere seorang paderi dari "The Movement for The Restoration of The Ten Commandments of God", meramalkan kiamat pada 31 Disember 2000. Sebelum tarikh tersebut beliau mengarahkan pengikutnya berkumpul di dalam sebuah gereja. Beliau kemudian membakar Gereja tersebut dan selepas kebakaran dipadamkan Polis menjumpai 330 tengkorak manusia yang dipercayai pengikut fanatik Joseph Kibwertere.
2000 - Ramalan Hal Lindsey
Pada 2000, banyak ramalan dibuat termasuk Hal Lindsey dalam bukunya bertajuk "The Late, Great Planet Earth", yang diterbitkan pada 1970 dan "Planet Earth 2000 A.D : Will Mankidnd Survive (1996). Buku tersebut menyebut yang pengikut krisitian harus bersedia masa depan mereka selepas 2000.
21 Mei 2011 0 Ramalan Harold Camping
Dongeng oleh Harold Camping, katanya barang siapa yang mempercayai kata - katanya, akan diangkat terus ke syurga, dan mana yang tidak mempercayainya akan terus hidup dan tinggal di bumi dan hidup seperti dalam neraka selama lima bulan sehingga 21 Oktober 2011. Pada tarikh itu tuhan akan menghancurkan bumi dengan nyalaan api Neraka.
PEMERHATIAN SAYA
Selepas membaca satu persatu, barulah kita mengetahui banyak ramalan kiamat telah dibuat oleh pelbagai jenis manusia di serata pelosok dunia. Walau bagaimanapun, didalam islam kita wajib percaya dengan kedatangan hari kiamat iaitu Rukun Iman yang Keenam iaitu "BERIMAN PADA HARI KIAMAT".
Lambat atau cepat, hari kiamat tetap akan berlaku, namun semuanya di tangan Allah S.W.T dan kita sebagai manusia haruslah beriman dan melakukan segala kebaikan di muka bumi serta meninggalkan larangan-Nya sebagai bekalan kita menuju ke hari akhirat kelak.
*sumber dipetik dan diubahsuaikan dari MAJALAH MASTIKA keluaran Januari 2012*
namun, walaubagaimanapun........(bla.bla.)....... lewah doh.
ReplyDeletehahahaa !
nyway, topik yg menarik ;)
hahhaah... cekgu BM aq da masuk! hahahah
ReplyDelete