Monday 19 December 2011

THE BEATLES

untuk pengetahuan semua followers, saya peminat tegar THE BEATLES...
PAUL 'james' MCCARTNEY, 
JOHN 'winston' LENNON, 
GEORGE HARRISON, 
RINGO 'richard starkey' STAR...


tp belum true die-hard fans laaa... (psl album sumew donlod, x beli).. ahaks...

1963

1964
1965
1966
1967
1968
1969
1970



neyh saya punyer collection the beatles album!

MY COLLECTION!


disini sejarah penubuhan THE BEATLES...


The Beatles dikenali juga sebagai FAB 4, ditubuhkan di LIVERPOOL, ENGLAND pada awal tahun 60'an, pada mulanya dikenali dengan pelbagai nama,

1. The Quarrymen
Pada 1958, Quarrymen ditubuhkan JOHN LENNON membawakan music Rock&Roll kerana pada waktu itu zaman music Rock&Roll dibawa dari USA ker Britain, nama2 besar seperti ELVIS PRESLEY menjadi idola John Lennon untuk menubuhkan group Quarrymen, Quarrymen ditubukan ahli asalnya ialah Rod Davis, Len Garry, Colin Hanton, John Duff Lowe(yang kekal aktif hingga hari ini), Ken Brown, Eric Griffiths, George Harrison, John Lennon, Paul McCartney, Pete Shotton, Bill Smith, Ivan Vaughan, Nigel Walley... sewaktu persembahan pertama Quarrymen di St. Peter's Church Rose Queen garden fête, Woolton, Paul McCartney mengahadiri untuk meliha persembahan itu, tertarik dengan group itu, Paul McCartney datang berjumpa John di sekolah mereka dan menunjukan bakat pada John, mula2 John agak ragu untuk serap Paul dlm quarrymen, tetapi selepas mendengar Paul menyanyikan lagu dan bermain guitar dengan baik menggunakan tangan kiri (Paul adalah seorang Kidal), John lantas ambil Paul sbg ahli...

2. The Silver Beatles
 Selepas kejayaan demi kejayaan mereka dalam beberapa konsert, beberapa ahli Quarrymen bertindak keluar dari band untuk menyambung pelajaran, selepas beberapa kali persembahan, Paul lalu mengajak George Harrison untuk join sekali, George diuji bakat didalam bus dan John bersetuju untuk serap George kedalam Quarrymen... kemudianya John juga mengambil Stuart Sutcliffe untuk diserapkan kedalam Band dan Stuart mencadangkan Quarrymen bertukar nama kepada The Beetles sebagai tribute kepada Buddy Holly and The Crickets, mereka menggunakan nama The Beetles beberapa bulan, akhirnya setelah beberapa kali menggunakan nama seperti "Johnny and the Moondogs", "Long John and The Beetles" dan "The Silver Beatles" akhirnya pada bulan August mereka  secara rasmi menggunakan nama The Beatles.
Pete Best diserapkan ke dalam The Beatles sebagai Drummer, ketika di Hamburg berlaku konflik antara Sutcliffe dan The Beatles, akhirnya Sutcliffe meninggalkan The Beatles.. The Beatles pulang ke Liverpool dengan keadaan yang sangat membanggakan, mereka menjadi popular di Liverpool sekaligus membuka mata Brian Epstein pemilik syarikat rakaman untuk menjadi manager mereka, selepas beberapa kali mereka membuat persembahan, Brian tidak menyukai cara permainan Pete Best di posisi drum, lantas The Beatles mengambil keputusan memecat Pete dan mengambil Ringo Star yang mereka kenal ketika di Hamburg.

3. The Beatles (British Invasion, Beatlemania)
Pada 1962, lahirlah Beatles dengan 4 orang ahli, John Lennon, Paul McCartney, George Harrison, dan Ringo Star...  


PLEASE PLEASE ME 1963

1. Album pertama "Please Please Me" 1963 telah terjual dengan jayanya dan menduduki carta UK dalam temph agak lama, lagu2 seperti "From Me To You" telah melonjakan nama mereka, lagu terakhir dalam album "Please Please Me" iaitu "Twist And Shout" menjadi kegilaan penduduk dunia ketika itu dimana konsep POP telah tersebar meluas diserata United Kingdom, France, dan Germany... single mereka dikeluarkan iaitu "She Love You" menyebabkan pengaruh Pop melanda dunia music ketika itu. Record lagu ini bertahan sebagai lagu paling lama menduduki tempat pertama carta UK sehingga 1978 dan rekod itu dipecahkan oleh Paul McCartney and The Wings dengan lagu Mull Of Kintyre...

With The Beatles 1963

2. Album "With The Beatles" 1963 menyebabkan nama The Beatles menjadi mahsyur dalam sekelip mata, lagu "All My Loving" menduduki carta teratas di serata UK, album ini dikeluarkan beberapa bulan selepas "Please Please Me" dikeluarkan pada tahun yang sama iaitu 1963... bermula ketika ini ialah "Beatlemania" di serata UK dan mula mendapat perhatian di USA


A Hard Day Night 1964


3. 1964 "A Hard Day Night" diterbitkan, album ini sebagai runut bunyi kepada filem pertama The Beatles iaitu "A Hard Day Night", antara lagu2 popular dalam album ini ialah "A Hard Day Night, And I Lover Her, If I Fell", yang menduduki carta teratas di UK.. album ini telah terjual sehingga ke USA dan pada ketika itu The Beatles dianggap sebagai pembawa KEGEMBIRAAN kepada penduduk USA selepas kematian John F. Kennedy (presiden USA)...


Beatles For Sale 1964
4 . Album "Beatles For Sale", dikeluarkan pada 1964, cover album tersebut menampilkan rambut George Harrison dalam keadaan yang unik dan dinggap seperti Onion di atas kepala. Album ini mempunyai lagu hits seperte "No Reply,  I'll Follow The Sun", didalam album ini, John dan Paul telah bertindak sebagai penulis lirik dan lagu hampir kesemuanya ditulis mereka, Ringo menulis untuk lagu Honey Don't dan George menulis lagu Everybody Want to Be My Baby....

Help! 1965
5. 1965, Help! menjadi album runut bunyi kepada filem mereka iaitu "Help The Movie" dimana memuatkan lagu hits "Yesterday" menampilkan Paul McCartney seorang sahaja. Album ini turut memuatkan lagu "Help!, Ticket To Ride, dan  The Night Before", dan "Yesterday" menjadi lagu yang memegang rekod Guiness sebagai lagu yang dirakam semula terbanyak dalam dunia, lagu "Yesterday" ditulis oleh Paul McCartney yang mendapat ilham dalam mimpi. Apabila terjaga, beliau terus pergi ke piano dan membuat Note Musix sperti yang didengar didlam mimpinya...


Rubber Soul, 1965
6. Pada 1965, Album  "Rubber Soul" dikeluarkan untuk jualan sempena Christmas, album ini menjadi laris dengan lagu seperti "Norwegian Wood" yang menceritakan tetang kisah John cuba digoda oleh seseorang manakala Norwegian Wood merupakan rumah pokok yang dimiliki Paul McCartney ketika kecil.  Antara lagu hits yang lain ialah "Nowhere Man, Michelle, dan Girl",



Revolver 1966

7. Pada 1966, "REVOLVER" dipasarkan di eropah, usa dan sesetengah kwsn di ASIA.. album ini memuatkan pelbagai jenis lagu, BEATLES keluar dari kepompong POP melalui album ini, lagu2 berunsur klasik mula dirakamkan seperti ELEANOR RIGBY, lagu ini melambangkan kisah hidup sebenar, nama ELEANOR RIGBY dijumpai selepas hampir 20 tahun lagu tersebut berkumandang, dijumpai nama itu di kawasan perkuburan di LIVERPOOL, dimana tmpt bersemadinya ibu PAUL MCCARTNEY... lagu2 lain yang hits "FOR NO ONE, AND YOUR BIRD CAN SING, TAXMAN".


Sgt. Peppers Lonely Hearts Club Band 1967

8. SGT. PEPPERS LONELY HEARTS CLUB BAND 1967, mengandungi 13 lagu dan dianggap album pertama BEATLES di USA, album ini dikatakan berkisarkan ttg kematian PAUL MCCARTNEY pd 1966 akibat kemalangan, namun sumber itu tidak jelas berikutan kemunculan PAUL di album seterusnya MAGICAL MYSTERY TOUR.. lagu hits didalam ini ialah "Sgt. Peppers Lonely Hearts Club Band, Fixing a Hole, dan A Day In The Life",  lagu "A Day In The Life" telah diharamkan di USA kerana dikatakan sewaktu lagu itu dirakam John Lennon di bawah pengaruh marijuana, dan ini dibuktikan di dalam lagu itu, sewaktu ayat "I love To Turn You On" dan part John menjerit lembut didalam lagu itu berbunyi seperti diri kita didalam khayalan dadah.. kerajaan USA mengharamkan lagu tersebut, selepas 20 tahun, lagu itu dianggap salah satu dari lagu terbaik THE BEATLES dan menduduki tempat ke 9 carta ROLLING STONE untuk 100 lagu terbaik didunia...


Magical Mystery Tour 1967
9. Magical Mystery Tour 1967, dihasilkan unuk filem Magical Mystery Tour dan Tour album ini...dikatakan bahawa album ini ditujukan untuk mediang PAUL MCCARTNEY(dikatakan telah mati, dan digantikan dengan BILLY SHEERE pemenang wajah seiras PAUL), JOHN menafikan segala berita mengenai kematian PAUL dan berkata semuanya hanyalah cerita rekaan sampah..., lagu2 seperti Blue Jay Way nyanyian George dikata tuju untuk Paul spt part "please dont be long", dikatakan untuk paul yang sudah mati... Fool On The Hill juga dikatakan perkara yang sama... STRAWBERRY FIELDS FOREVER merupakan lagu terbaik THE BEATLES pernah hasilkan selepas Hey Jude dan A Day In The Life.... lagu2 hits dalam ini ialah "THE FOOL ON THE HILL, MAGICAL MYSTERY TOUR, HELLO GOODBYE, STRAWBERRY FIELDS FOREVER"....


The Beatles (White Album) 1968
10. "THE BEATLES a.k.a WHITE ALBUM", album mengandungi 17 lagu, antaranya HELTER SKELTER dmana akibat tekanan pihak media yang kononya Paul hanya mampu mencipta lagu Ballad dibalas Paul dengan mencipta lagu berentak rock! ketika rakaman album ini, Paul telah bertindak sebagai pemain drum, bass dan guitar... Ringo menarik diri seketika akibat berbalah dengan John ketika sesi recording dan meninggalkan posisi drum kosong hingga memaksa Paul menggantikanya.. ketika sesi rakaman Paul juga berbalah dengan John akibat dari sikap John enggan merakamkan lagu Ob-La-Di-Ob-La-Da kerana John amat membeci lagu tersebut, namun akhirnya lagu itu dirakam tetapi diubah nadanya oleh John. setelah siap album ini, Ringo kembali semula selepas dipujuk Paul dan John.... lagu hits "WHILE MY GUITAR GENTLY WEEPS, BLACKBIRD, HAPPINESS IS A WARM GUN"


Yellow Submarine 1969

 11. Yellow Submarine, 1969, album runut bunyi untuk filem yang sama tajuknya, copy balek lagu2 dari album terdahulu macam All You Need Is Love & Yellow Submarine, album ini lebih kepada nyanyian bunyi music sahaja, side A sahaja lagu2 terkandung cam "Only A Northern Song, Hey Bulldog, It's All To Much", sementara B-side banyak musix sahaja...

Abbey Road 1969

12. ABBEY ROAD, 1969... officialnya, neyh album terakhir (Let It Be record lebih awal menggunakan tajuk GET BACK pada mulanya) dari beatles sebelum berpecah, lagu2 dalam album neyh menceritakan ttg kekecewaan mereka akibat kematian pengurus mereka BRIAN EPSTEIN dan bagaimana mereka mengharungi tahun2 berikutnya tanpa BRIAN. Disebabkan kematian BRIAN, empayar perniagaan Apple iaitu syarikat rakaman The Beatles menanggung rugi yang banyak, akibatnya The Beatles terpaksa menggunakan duet poket peribadi untuk membayar hutang syarikat itu, hal ini dibuktikan melalui lagu medley "GOLDEN SLUMBER-CARRY THAT WEIGHT-THE END"... ketika sesi rakaman, JOHN injured akibat kemalangan dan hanya menghadiri proses rakaman untuk lagu THE END sahaja.. Paul mencipta lagu YOU NEVER GIVE ME YOUR MONEY yang menceritakan tentang kesukaran BEATLES dari jutawan kepada penanggung hutang, musix lagu ni kemudian dimasukan semula ke lagu CARRY THAT WEIGHT dan ditukar lyrics sedikit... lagu hits : "COME TOGETHER, SOMETHING, & HERE COME THE SUN".


Let It Be 1970

Get Back 1969
13. Let It Be, 1970.. dirakam pada 1968, dikenali sebagai album "GET BACK", namun akibat beberapa masalah, album ini ditangguh hingga THE BEATLES berpecah dan kemudian di-release oleh Paul dengan bantuan George Martin pada 1970 dengan nama baru "LET IT BE", beserta lagu yang sama tajuknya. Cover album GET BACK mengambil gambar sama seperti album PLEASE PLEASE ME, Paul mencadangkanya akibat menyedari bahawa populariti BEATLES mula merudum dan masalah dalaman THE BEATLES sendiri menyebabkan Beatles diambang kejatuhan. Beatles membuat kejutan dengan mengadakan konsert diatas bumbung bangunan Apple untuk mempromosi album hingga menyebabkan jalan jem dan polis terpaksa campur tangan untuk menghentikan konsert itu. Beratus2 org hadir menyaksikan konsert itu namun terpaksa dihentikan berikutan bantahan sesetengah pihak. Lagu hits : "LET IT BE, GET BACK, TWO OF US, ACCROSS THE UNIVERSE, THE LONG AND WINDING ROAD".



PUNCA PERPECAHAN

-bunga2 perpecahan bermula sejak sesi rakaman album "The Beatles a.k.a White Album", Ringo dan John bertelagah hingga Ringo meninggalkan kumpulan untuk beberapa ketika sebelum kembali
- dikatakan Paul McCartney cuba mengambil alih tugas Brian Epstein yang meninggal pada 1966 dengan berlagak menjadi ketua kumpulan dan memaksa ahli The Beatles terlibat dalam pembikinan filem Let It Be, namun akhirnya filem itu dibatalkan.
-George tidak bersetuju dengan idea McCartney untuk memulakan TOUR seperti era Beatlemania
- John Lennon sudah tidak berminat bernyanyi bersama The Beatles, sesetengah rumours mengatakan ianya disebabkan Yoko Ono yang banyak mencampuri hal dalaman Beatles.
- George Harrison mula berkolabrasi dengan artis lain seperti Eric Clapton, dan George membawa masuk Ravi Shankar ke dalam Apple Studio tanpa persetujuan Paul.
- George tidak berpuas hati, kebanyakan lagu di side A hanya lagu ciptaan John/Paul.


ALBUM - ALBUM COMPILATION

Past Master 1988

Anthology 1 (1995)

Anthology 2 (1995)
Anthology 3 (1996)

1 Beatles Greatest Hits (2000)
Let It Be... Naked (2003)
LOVE (2006)



MEMBERS

Ringo Starr




Name : Richard Starkey
DOB : 7 July 1940
POB : Liverpool, England
Instruments: Drums, Percussion, Vocals





George Harrison






Name : George Harisson
DOB: 25 February 1943
POB : Liverpool, England, UK
Died : 29 November 2001 (aged 58)
POD : Los Angeles, California, US
Instruments: Guitar, Ukelele, Sitar, Piano, Vocals

JOHN LENNON




Name : John Winston Lennon
DOB : 9 October 1940
POB : Liverpool, England, UK 
Died : 8 December 1980 (aged 40)
POD : New York, USA

Instruments: Guitar, Harmonica, Piano, Bass, Vocals












Paul McCartney






 Name : Paul James McCartney
DOB : 18 June 1942
POB : Liverpool, England
Instruments: Bass guitar, vocals, guitar, piano, keyboards, drums

No comments:

Post a Comment

Letak Komen Anda