Friday 23 December 2011

Cinta. Mati. Hidup. B.E.L.I.E.V.E Manchester United

Newton Heath 1878
Newton Jersey













Manchester United merupakan pasukan bola sepak yang terkaya serta paling ramai peminat di seluruh dunia. Sejarah Man Utd, dikenali awalnya sebagai Newton Heath LYR Football Club pada 1878. Pada 1902, mereka menukar nama kepada Manchester United dan berpindah ke Old Trafford pada 1910. Manchester United merupakan kelab paling berjaya di Liga Inggeris, memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak 19 kali(2010-2011) dengan memotong rekod musuh tradisi iaitu Liverpool 18 kali(1989-1990). Manchester United juga memiliki pengurus paling lama berkhidmat di dalam Liga Inggeris iaitu Sir Alex Ferguson dan merupakan pengurus paling banyak memenangi Piala dengan satu pasukan sahaja. Manchester memenangi title terbanyak dalam Liga Inggeris iaitu 19 kali BPL, 11 kali piala FA, 4 Piala Liga, 19 kali Perisai Komuniti, 3 Piala Eropah, 1 UEFA Cup Winner's Cup, 1 UEFA Super Cup, 1 Intercontinental Cup dan memenangi "treble" pada 1999, iaitu EPL, FA Cup, dan UEFA Champions League.


2011-12 Home
2011-12 Away













MANCHESTER UNITED




ERA MATT BUSBY
Sir Matt Busby
Pasukan Manchester United hampir menjadi nama besar sebelum Liverpool tetapi akibat kemalangan kapal terbang terhempas atau lebih dikenali "Munich Disaster" pada 6 February 1958 yang mengorbankan hampir separuh "Busby Babes"(gelaran untuk pemain2 MU dibawah pengurus Matt Busby), 8 orang pemain dan 3 orang staff telah terkorban ketika itu, manakala yang terselamat 9 orang pemain MU dan Sir Matt Busby sendiri. Sir Matt Busby meminta tempoh 10 tahun untuk membina semula pasukan Manchester United dan akirnya, selepas 10 tahun. Pada 1960, Busby membawa masuk 3 orang pemain yang mengubah sejarah United iaitu Denis Law, George Best dan Pete Crerand dan memenangi piala FA pada 1963. Pada 1968, selepas 10 tahun traged Munich, Manchester United memenangi Piala Eropah menewaskan Benfica 4-1. Pada 1969, Busby akhirnya bersara.




Busby Babe

Busby Babe 1958
DIED
Manchester United players
  • Geoff Bent
  • Roger Byrne
  • Eddie Colman
  • Duncan Edwards (survived the crash, but died in hospital 15 days later)
  • Mark Jones
  • David Pegg
  • Tommy Taylor
  • Liam "Billy" Whelan
 
 
 
Manchester United staff
  • Walter Crickmer, club secretary
  • Tom Curry, trainer
  • Bert Whalley, chief coach





SURVIVOR 
Player

1968 - UEFA
  • Johnny Berry (never played again, died 1994)
  • Jackie Blanchflower (never played again, died 1998)
  • Bobby Charlton
  • Bill Foulkes
  • Harry Gregg
  • Kenny Morgans
  • Albert Scanlon (died 2009)
  • Dennis Viollet (died 1999)
  • Ray Wood (died 2002)
  Staff
  • Sir Matt Busby (team Manager)died 1994


1969 - 1986

  • Wilf McGuinness menjadi pengurus musim 1969-1970 Manchester United menduduki tangga ke - 8 liga
  • 1970-1971 permulaan hambar, Busby dipujuk mengendalikan semula pasukan, dan McGuinness kembali kepada kedudukan asal sebagai pengurus pasukan simpanan UNITED.
  • 1971 Frank O'Farrell dilantik pengurus selama 18 bulan
  • December 1972 Tommy Docherty dilantik sebagai pengurus menyelamatkan pasukan dari penyingkiran pada 1972 namun pada 1974 berlaku penyingkiran United ke liga kedua, Best, Law dan Charlton mengambil keputusan meninggalkan kelab. 1976 memenangi tawaran masuk semula ke liga utama dan menempah tiket ke perlawanan akhir piala FA tahun itu namun tewas kepada Southampton.1977, sekali lagi mereka ke final menewaskan Liverpool 2-1 namun selepas itu, Docherty dipecat kerana hubungan sulit dengan isteri fisioterapi pasukan.
  • Dave Sexton menggantikan Docherty pada 1977, walaupun menandatangani pemain bagus seperti Joe Jordan, Gordon McQueen, Gary Bailey dan Ray Wilkins, MU tetap gagal mencapai kejayaan yang memberansangkan. Menamatkan liga di kedudukan ke-2 pada 1979-80 dan tewas kepada Arsenal pada 1979 FA Cup Final. Sexton dipecat pada 1981, walaupun di hari terakhirnya United memenangi 7 perlawanan terakhir di bawah bimbingan Sexton.
  • Ron Atkinson mengambil alih posisi pengurus United, menandatangani Bryan Robson dari West Ham United yang menjadi rekod perpindahan British ketika itu. Di bawah kendalian Atkinson, United memenangi 2 FA Cup, pada 1985-86 mereka memenangi 13 perlawanan dan dua seri dalam 15 perlawanan awal, dijangka United akan memenangi liga pada tahun itu, namun pada penghujung saingan  hanya menduduki tangga ke-4 sahaja. Tahun berikutnya, kelab ini menduduki tangga penyingkiran ketika November, Atkinson telah dipecat.


ERA SIR ALEX FERGUSON

SIR ALEX FERGUSON
Alex Ferguson tiba di Old Trafford bersama Archie Nox pembantu pengurusnya dari Aberdeen pada 1986 dan hari pemecatan Atkinson. Ferguson menyelamatkan Manchester United dari tangga penyingkiran pada awal musim untuk menduduki tangga ke-11 di akhir musim. Pada musim seterusnya, Fergie berjaya membimbing United menduduki tangga ke-4 sebelum kembali menduduki tangga ke-11 pada musim seterusnya. Fergie hampir dipecat, namun kemenangan United keatas Crystal Palace pada perlawanan ulangan Piala FA 1990 dikatakan menyelamatkan kedudukan Fergie. Tahun berikutnya United memenangi Cup winner's cup buat pertama kalinya dan diundi untuk menentang pasukan Red Star Belgrade pada Piala Super Eropah 1991 menewaskan Red Star yang memenangi EURO Cup pada tahun itu. Pada 1992, United menewaskan Nottingham Forest di Piala Liga di Wembley. Tahun berikutnya, Fergie membimbing United menjuarai Liga tahun 1993 dan merupakan kejuaraan pertama United dalam Liga Perdana Inggeris sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 1967 dan tahun berikutnya memenangi buat pertama kali kejuaraan "Double" buat United apabila memenangi Liga dan piala FA.
Pada musim 1998-99, United menjuarai Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Liga Juara2 Eropah yang merupakan kejuaraan treble buat pertama kali bagi Pasukan lain didalam kejohanan Inggeris. Di piala FA, United menewaskan Liverpool di pusingan ke-2, Chelsea pusingan ke-6, dan perlawanan paling diingati ialah menentang Arsenal, perlawanan diadakan dua kali, pada perlawanan ulangan (kerana perlawanan pertama seri) United mendahului dengan jaringan David Beckham dari jarak jauh, sebelum Bergkamp menyamakan kedudukan apabila bola rembatanya terkena pada defender United Jaap Stam, Arsenal kemudian menyangkakan mereka di hadapan apabila Anelka menjaringkan goal namun goal tersebut tidak dikira kerana offside. Roy Keane diperintah keluar padang akibat layangan 2 yellow card, sebelum perlawanan diteruskan dalam EXTRA TIME, Phill Neville hampir menjadi duri dalam daging United apabila menjatuhkan Ray Palour dalam kotak penalti, Bergkamp mengambil sepakan penalti namun berjaya ditepis Petr Schmeichel. Namun segalanya berubah apabila kesilapan Patrick Vieira, apabila bola hantaranya dirampas oleh Ryan Giggs sebelum Giggs melakukan larian solo melepasi 5 pertahanan Arsenal dan kemudian rembatanya melepasi jangkauan David Seamen untuk memberikan United kemenangan dan seterusnya dianggap antara goal terbaik pernah dihasilkan oleh pemain United dan goal paling diingati. United terus ke final dan menewaskan Newcastle dengan jaringan 2-0 untuk memenangi perlawanan itu dan memenangi kejuaraan Double.

Pada akhir musim 1999, United telah memasuki Piala Liga Juara2 Eropah (Final) menentang Bayern Munich, Bayern didepan hasil jaringan Mario Basler berpunca dari tendangan percuma. United diambang kekalahan pada malam itu, namun segalanya berubah ketika perlawanan memasuki masa tambahan, 3 minit masa tambahan dimanfaatkan United dengan jaringan Teddy Sherigham pada minit 90+1 hasil dari bola sambung dari rembatan Ryan Giggs. Pada Minit 90+3 Ole Gunnar Solskjær merembat bola hasil dari tendangan sudut David Beckham, ditanduk Sheringham dan kemudian disambung Solskjær menewaskan Oliver Kahn. Perlawanan akhir itu dianggap perlawanan paling dramatik dalam sejarah bola sepak Eropah selain dari kemenangan Liverpool keatas AC Milan dan juga kemenangan United keatas Chelsea pada final 2008 apabila John Terry yang mengambil sepakan penalty yang akan mengesahkan kemenangan Chelsea telah tergelincir dan bola terkena pada tiang sebelum sepakan Anelka seterusnya ditepis Edwin Van Der Sar.

Ferguson telah melahirkan bintang - bintang pasukan United dari era 1991 hingga millenium.Pada 1991, pasukan muda United dianggap jelmaan Busby Babes. Antara pemain bintang kelahiran Fergie ialah :-
Bakal Bintang Masa Depan Manchester United

1999 TREBEL SQUAD
2008 UEFA CHAMPIONS CELEBRATION!

19th Title Squad, CHAMP19N (breaks l'pool record)
Current Squad 2011-2012

No comments:

Post a Comment

Letak Komen Anda