Friday 7 March 2014

Ultras Malaya: Samseng atau Penyokong Fanatik?

Salam,
Baru - baru ni kecoh satu Malaysia tentang kejadian Flare dan Bomb Asap di stadium selayang pada tanggal 25-02-2014 iaitu perlawanan antara Selangor vs Arema Cronus (Arema Malang), dan juga perlawanan persahabatan pada tanggal 01-03-2014 antara Malaysia vs Filipina.



Dalam seminggu, stadium selayang menjadi terkenal di sekitar Asia, Asia Tenggara dan sesetengah blok Eropah. Bukan kerana menganjurkan pesta ataupun acara suka peringkat dunia seperti World Cup atau Olimpik. Tetapi terkenal dikalangan Ultras di beberapa negara kerana peristiwa Pyro/Tifo show dari Ultras Selangor (UltraSel) dan Ultras Malaya.

Hal yang berlaku menyebabkan FAM dan FAS berkemungkinan didenda oleh badan induk bola sepak asia (AFC), FAS juga bermasalah bukan sahaja dari UltraSel, tapi gelagat penyokong biasa bukan Ultras yang membaling mercun bola kedalam padang ketika perlawanan hampir tamat. FAM seperti biasalah, baru nak ambil tindakan kepada FAS, nah! hadiah dari UltrasMalaya untuk mereka di stadium yang sama dalam masa seminggu. Saya juga turut bersama dikedua - dua game tersebut.

Sebelum bercerita tentang kejadian tersebut dengan lebih meluas, ada la sedikit penyampaian mengenai "Siapa Ultras, Hooligan (Samseng) Bola Sepak vs Ultras, serta Protest dan Aktiviti yang dilakukan. Yang tengah baca boleh la siap - siap bantal, sebab mungkin kali ni penulisan agak panjang kerana keterujaan ku.. kah3..


  • Siapa Ultras? 
Ultras merujuk kepada perkataan "Ultra" / "Ultras", yang membawa maksud pelbagai seperti Extremist / Pelampau, Die Hard Fans, Penentangan / Pemberontakan / Rebel. Ultras didalam bola sepak boleh diklasifikasikan sebagai penyokong tegar / fanatik sesebuah pasukan / negara. Kebanyakan ultras di dunia menggunakan penyampaian berbentuk chant / dikir / nyanyian yang menjerumus kepada sokongan untuk pasukan sendiri selain menakut - nakutkan pihak lawan dan penyokong lawan dengan chant yang kuat. Adakalanya mereka juga terjerumus dalam chant berbentuk kebencian seperti perkauman dan politik. Lebih menarik dalam hal ini, mereka juga menggunakan suar / flare serta bom asap yang lebih dikenali sebagi koreografi Tifo ataupun Pyro show serta memaparkan banner hasil nukilan mereka sendiri. Ultras mula bertapak di Brazil sekitar 1939 dan berkembang pada 1950 iaitu kumpulan penyokong pasukan Hajduk Split yang menggelarkan diri mereka Torcida Split yang juga digelar Ultras tertua sebelum budaya ini merebak ke Italy pada era 60-an dan mula digelar Torcida / Ultras. Budaya Ultras tersebar luas kemudianya dimana kebanyakan penyokong dari negara German, Belanda, dan Turki mula beralih dari sokongan gaya bola sepak Inggeris kepada budaya Ultras.


  • Hooligans (Samseng) Bola Sepak vs Ultras.
UltrAslan
Untuk pengetahuan anda, budaya samseng bola sepak dan Ultras banyak berbeza, dimana Hooligans lebih cenderung untuk bergaduh dengan Hooligans pasukan lawan. Manakala Ultras pula lebih kepada memberikan sokongan kepada pasukan sendiri dan tidak terlibat dalam pergaduhan ataupun rusuhan. Hooligans akan menggayakan baju yang tidak melambangkan kelab yang mereka sokong bagi mengelakkan dikesan polis manakala Ultras pula lebih cenderung menggayakan warna kelab mereka dan mudah dipantau oleh pihak berkuasa. Namun begitu, budaya Ultras di beberapa negara telah dicemari oleh budaya Hooligans yang menyusup masuk kedalam kelab Ultras ini dan kebanyakan negara menyalahkan Ultras jika berlaku sesuatu perkara seperti pergaduhan, rusuhan dan sebagainya. Antara hardcore Ultras di dunia ialah UltrAslan (Galatasaray - Turki), Ultras Partizan Balgrade (Serbia) dan lain2. Tapi ada juga Ultras yang agak sopan seperti Ultras Borussia Dortmund (German).


  • Protest dan Activity Ultras
Ultras Borussia Dortmund
Ultras adalah penyokong sesebuah pasukan yang cenderung menyanyikan lagu untuk menaikkan semangat pasukan mereka sendiri, selain itu juga ultras berfungsi menakut - nakutkan pemain dan penyokong pasukan lawan mereka dengan chant - chant berbentuk penghinaan, perkauman, ejekan dan sebagainya. Ultras juga sering hadir sebagai ahli ke - 12 pasukan bolasepak. Pembakaran flare dan bom asap juga sering dilakukan bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Kebanyakan ultras bertindak sebagai peminat hadapan apabila berlaku sesuatu seperti kekalahan keatas pasukan mereka, pergelutan dalaman persatuan bola sepak mereka dan ultras la yang paling banyak menyokong dan mengkritik pasukan mereka kerana Ultras ini penyokong yang bersifat fanatik.


  • Tribute to FAM di Stadium MP Selayang, Selangor tanggal 01-Mac-2014.
Online Flyers Semua Ultras Negeri
Ok, habis dah cerita mengenai asal - usul Ultras, sekarang kita pergi ke main topic kita iaitu Pyro / Tifo show UltrasMalaya di stadium Selayang pada 1 Mac 2014. Kenapa dan mengapa mereka bertindak sedemikian?


 VIDEO MALAYSIA vs FILIPINA (ULTRAS MENGAMUK)


14  Ultras Malaysia + Ultras Malaya
Ultras Malaya merupakan cabang budaya Ultras dalam dunia, mula bertapak pada 2007, mereka dianggap beruk stadium oleh sesetengah fans pada awalnya, tetapi kebanyakan peminat bolasepak Malaysia mula tertarik pada semangat UltrasMalaya, mereka sanggup mengembara ke Singapura, Thailand dan pelbagai negara semata - mata untuk menyokong pasukan kebangsaan mereka. UltrasMalaya dianggotai kebanyakan fans Ultras di Malaysia dari peringkat negeri seperti UltraSelangor, B.O.S.S (Johor), Elephant Army (Pahang) dan lain - lain negeri. Namun pada malam tersebut, hasil gabungan dari penyokong Ultras 14 buah negeri dan penyokong lain, bersatu bagi menunjuk Pyro show UltrasMalaya pada malam itu sebagai tanda Protest terhadap FAM, seminggu sebelum perlawanan, mereka mula menyebarkan berita tentang rancangan mereka kepada pengikut - pengikut mereka di laman maya. Hashtag seperti #30MinutesOfSilence (tanda 30 tahun Sultan Ahmad Shah menjadi Presiden), #PresidenFAMSilaLetakJawatan (#PFSLJ), #TributeToFAM #FAMB**gsat menjadi trending ketika itu sekaligus menunjukkan kelemahan pihak FAM untuk mengesan kegiatan Ultras ini serta kawalan stadium yang longgar. (PADAN MUKA FAM!)...



Presiden FAM Sila Letak Jawatan #PFSLJ


Thanks FAM, 30 Tahun = Jahanam
Terdapat beberapa sebab kepada tingkah laku UltrasMalaya pada malam itu, mereka memprotes terhadap Kepimpinan FAM, kegagalan 30 tahun Malaysia untuk layak ke kejohanan besar seakan - akan tidak memberi kesan kepada FAM. Ranking pasukan Malaysia juga semakin hari semakin merosot, beberapa komen mengenai ranking Malaysia sering diajukan kepada barisan kepimpinan FAM, namun jawapan yang mereka beri seakan - akan acuh tak acuh sahaja dan menganggap ranking tidak penting, tak tahulah samada FAM ni tak berfikir secara waras agaknya, jika ranking rendah maka pasukan Malaysia sukar mendapat perlawanan dengan pasukan - pasukan lebih besar seperti Korea, Jepun dan pasukan negara Eropah dan dunia sekaligus menyebabkan pendedahan lebih bercorak kepada dalam Asia Tenggara sahaja..! sampai bila pasukan kita Juara di Asia Tenggara sahaja? kenapa belum Asia? kenapa belum world cup? kenapa belum olimpik dalam 30 tahun pemerintahan presiden? peminat Ultras mungkin merasakan mereka harus memainkan peranan didalam hal ini, semakin hari semakin sakit hati melihat kegagalan pasukan kesayangan mereka. Perlawanan persahabatan Malaysia juga dianggap mengarut! Perlawanan dengan kelab seperti Barcelona, Manchester City, Manchester United tidak akan memberikan Malaysia mata berharga bagi memperbaiki ranking, sebaliknya lebih kepada perlawanan mengumpul duit tiket dan hiburan sahaja buat peminat bola sepak tanahair.


Selayang Pyro Show
Detik pada tanggal 1-Mac-2014, Ultras Malaya mula memasuki stadium sekitar jam 8:30 p.m selepas berkumpul di tempat letak kereta berhampiran stadium. Selama 30 Minit mereka hanya mendiamkan diri sahaja dan tidak bersorak untuk pasukan mereka walaupun hati abang - abang otai tu macam nak meletup kebosanan makan kuaci malam tu. Tepat minit 30 separuh masa pertama, Capo mula memberi isyarat untuk bangun dengan paluan gendang. Flare dinyalakan dan bom asap juga diletupkan dan mereka mula bernyanyi chant "Demi Malaysia" yang ditukar menjadi "FAM B**gsat", "Sehati Sejiwa" ditukar menjadi "Presiden FAM Sila Letak Jawatan". Agak seronok juga ketika itu, perlawanan terpaksa dihentikan selama 8 minit dan kesemua mata bertumpu pada tingkah laku UltrasMalaya dan ada sesetengah peminat mula mengikut rentak chant Ultras. Misi mereka berjaya pada malam itu dan membuka mata FAM mengenai kuasa peminat. Bukannya menyekat mereka dari datang ke stadium, sebelum Ultras wujud,, boleh kira peminat bola sepak yang datang ke stadium, termasuklah lawan MU, dimana kebanyakan fans lebih gemar pakai baju MU berbanding baju Malaysia...~



Dikesempatan ini saya juga ingin meminta FAM yang mana mesyuarat pemilihan sudah dekat,
supaya mendengar rintihan peminat, entry blog ini juga sebenarnya ditulis dengan tapisan yang agak tinggi supaya pihak FAM tak tersinggung. Bukan niat anak melayu UltrasMalaya menderhaka terhadap raja mereka sendiri, tetapi mereka juga manusia yang meminta agar dikembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi generasi terdahulu. Takkan asyik ingin mendengar cerita "orang lama" mengenai kehebatan pasukan mereka dahulu? sekarang bagaimana? generasi hari ini dianggap lebih power dari "orang lama", tapi power buat apa kalau tak ada benda kita nak kenang dan banggakan? Renungkan~




Sekian sahaja kawan - kawan.
Salam satu jiwa.


P/S : SOKONGAN DARI ULTRAS SEDUNIA.



No comments:

Post a Comment

Letak Komen Anda